Sunday, June 7, 2015

Ini semua dugaan.






Aku rasa, antara dugaan yang terhebat ialah;
bila kau ada duit yang cukup-cukup untuk diri kau sendiri, tapi lepas tu muncul seorang insan yang perlukan duit. Memandangkan dia tak ada kerja, jadi tak ada duit. Tambah lagi, bergelar seorang anak perantau.

Memula akan terfikir, "kenapa aku nak kena tolong dia, sedangkan aku pun nyawa-nyawa ikan." Tapi lepas tu, akan timbul satu rasa. Perasaan tu, akan buat kau rasa serba-salah dan akhirnya kau akan tolong jugak walaupun kau sendiri 'hidup susah'. Dan bila difikir-fikir balik, orang tu bukan orang lain, keluarga kau sendiri jugak.

Mungkin awal-awal kau rasa yang diri kau tak ikhlas nak tolong, tapi lama-lama kau akan faham.. yang akan wujud orang yang lebih susah dari diri kau. Mungkin Allah hantar orang tu dalam hidup kita, untuk uji kita. Uji ketakwaan kita kepada Dia. Uji setinggi mana ikhlas kita bantu saudara sendiri. 


Paling penting, sentiasa percaya yang dalam setiap kesusahan yang kau lalui, akan ada kesenangannya kemudian hari. Senyum. 

9 comments:

  1. kdg kdg tkmpu nak komen dgn kata kata. jd, saya komen emoji je mamlu, :)

    ReplyDelete
  2. Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima..hehe :)

    ReplyDelete
  3. Terbaik geng. Entry yang penuh motivasi :) Saya pun selalu kena macam nie. Memula memang akan ada rasa terpaksa. Tapi bila dah lama lama, rasa terpaksa itu bertukar menjadi sebuah kepuasan :D

    ReplyDelete
  4. betul tu anis ! kekadang nak tolong orang tu rasa susaaaaah sangat. tapi inshaaAllah, kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita. lagipun rezeki kan dari Allah. heheeee

    ReplyDelete
  5. yang penting ikhlas. inshaAllah. nanti Allah tolong kita pulak =D

    ReplyDelete
  6. Sangat-sangat setuju....Allah mungkin nak beri sesuatu yang besar..insyAllah....semakin banyak kita bagi, semakin banyak Allah beri..

    Singah blogwaking :) salam perkenalan

    ReplyDelete
  7. takpe.. kalo kita tolong org yg dlm kesusahan, insyaAllah Allah akan membalas kebaikan anis :)

    ReplyDelete
  8. betuk tu sis.. setuju sangat.. akak selalu percaya tiap yg berlaku akan ada hikmah yg menyusul nti.. termasuk lah bab2 menolong @ bersedekah dgn org...

    ReplyDelete

Kalau kau rasa entri ni best, sila tinggalkan komen.