Sunday, August 30, 2015

Erti Merdeka sebenar.





Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa erti merdeka sebenar?
Hanya pada, kita sudah lepas dari tangan penjajah sematakah? Penjajah yang sama bangsa dengan kita, iaitu manusia?

Merdeka!

Apa definisi merdeka sebenarnya?
Ada apa pada sebutannya 'merdeka' itu sendiri?
Benarkah kita merdeka atau itu hanya sekadar pada bibir kita, tidak pada hati kita?

Merdeka!
Bererti - bebas dari kurungan, penjajahan, naungan. Tidak bergantung kepada yang lain.
Benarkah kita sudah merdeka.

Usah lihat sekeliling. Engkau sudah tahu keadaannya.
Engkau lihat pada diri engkau sendiri.
Tanya;
"Merdekakah aku?"

Bila mana engkau masih lagi terikat dengan kebendaan manusia.
Lebih penting dunia dari akhirat itu sendiri.
Merdeka kah kita?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dulu waktu kecil, 
betapa girangnya hati, bibir melagukan lagu patriotik, 
mengasak megah mengibar si jalur gemilang 14.
Bila sudah menginjak dewasa,
masih ada, dalam jiwa yang belum merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Buat Negaraku yang tercinta, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 58. Hanya engkau yang bebas dijajah, tapi rakyatmu masih tercengkam ketat pada kongkongan dunia.

Buat anda,
selamat memerdekakan diri & Selamat Hari Merdeka.


Wednesday, July 29, 2015

Hakuna matata.




Pernah tak kau rasa,
bila kau baru semangat nak buat sesuatu benda yang kau betul-betul target,
tapi manusia musnahkan dengan kata-kata negatif?

Bila kau baru nak mengorak langkah untuk hidup baru,
manusia sekat dengan cerita kau yang dah lalu tu? Cerita yang kau dah tak nak ulang atau ingat balik.

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا 
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
At Taubah:40

Anggap sahaja mereka tak nak kau keluar dari penjara yang dah lama kau dikurung. Mereka nak kau tetap tinggal di situ dan dengar setiap arahan mereka! Dan kau? Ya, ikut arahan.

Aku kurang faham.
Kenapa bila ada lompong yang bersinar harapan, mereka nak kambus dengan tanah.
Bila kau tak ada apa-apa untuk ditunjuk pada mereka & dunia, mereka sibuk menabur kembali cerita busuk yang kau dah tanam tu.

"Ikut hati mati, 
ikut rasa binasa."

Bagi aku, 
aku lebih rela ikut kata hati. Kerana, aku sudah meletakkan Tuhanku di situ. Allah sudah bersemayam di hati. Kata hati takkan mati kalau ada Allah dekat situ. Rasa takkan binasa jika Allah yang menggerakkan deria itu. 

Bukan besar kepala atau degil, 
tapi kita kena lebih percaya dengan perancangan Dia Yang Maha Kuasa, berbanding manusia.
Kau tidak akan gentar bila Allah mendahului segalanya dari benda yang ada di dunia ini.

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
Ar Ra'd:28

Wallahualam & wassalam.




Tuesday, July 14, 2015

Hanya NamaMu.



Tuan blog ni dah makin pemalas nak update blog.

Hi korang semua (terutama bloggers), apa khabar sihat? Dah lama tak bertemu, blogwalking blog korang, tinggalkan komen dan bla bla bla. Haih. Penyakit malas aku untuk update blog makin menjadi. Maaflah ye. Mana tahu ada yang rindu.

Never been busy lately, so do not ask me why I don't update sepanjang bulan Ramadan. Malas nak buat gerakan blogwalking woi.

Ah, korang semua dah buat kuih raya? Buat kuih apa? Atau kuih tunjuk je. Kihkih. Tahun ni, aku beraya dengan famili aku, jadi kena tolong mak buat kuih raya. Buat pun  tak banyak, 4 jenis je. Selebihnya kuih tunjuk di kedai.


Biskut mentega kacang.

Biskut Milo.

Dah siap 3 kuih raya, (satu lagi Cornflakes madu - tapi tak ada gambar). 1 lagi on the way, the beautiful Semperit. 

Lepas raya ni, aku akan jadi bertambah sibuk. Secara automatiknya, memang tak banyak masa dah nak blogging, blogwalking ni (huwaa). Aku jadi sibuk sebab.. Alhamdulillah. Aku dapat lanjutkan pelajaran peringkat Diploma. Memang bila Allah nak bagi rezeki, Dia takkan bagi direct. Dia beri kita pada masa yang betul-betul sesuai. 


Pesan aku di sini, jangan perlekehkan ampuh sebuah doa. Jadi, kalau kau ada sesuatu yang kau inginkan. Berdoalah. Allah dengar dan akan tunaikan jika apa yang kau minta itu membawa ke arah kebaikan. 



Tapi, kena ingat. Kau berdoa hari ini, Allah takkan tunaikan hari esok. Kenapa? Tak seronoklah kau berdoa, memohon sesuatu hajat tu sekejap je, Allah dah tunaikan. Mesti Allah nak uji kau dulu. Betapa sabarnya kau tunggu untuk sesuatu benda kau nak. Allah nak tengok, kau boleh ikut tak perintah Dia. Ye lah, mana boleh nak buat permohonan tanpa ikut arahan. Betul?

Jadi lepas ni, berdoalan bersungguh-sungguh. Jangan putus asa bila Allah tak tunaikan. Bukan Allah reject doa kau, tapi Allah nak beri apa yang kau nak tu pada masa sesuai. Kalau Dia tak beri, pasti Dia nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baik dengan Allah.

Nampak tak, entri aku serabut. Atas lain, bawah lain. Semua bercampur-aduk, macam resepi kuih raya. Hehe. 

Dah sampai ke penghujung entri.
Cuma nak pesan, yang nak bershopping untuk raya tu, berpada. Sebab lepas hari raya akan ada hari lain untuk kita lalui. Jangan membazir sakan ye. 

Selamat hari raya, maaf zahir batin untuk para bloggers yang rajin singgah kat blog ni & pembaca senyap juga. Kalau main bunga api tu, hulur-hulurlah sikit kat aku ye. Hehehe. 

Kosong-kosong!





Sunday, June 7, 2015

Ini semua dugaan.






Aku rasa, antara dugaan yang terhebat ialah;
bila kau ada duit yang cukup-cukup untuk diri kau sendiri, tapi lepas tu muncul seorang insan yang perlukan duit. Memandangkan dia tak ada kerja, jadi tak ada duit. Tambah lagi, bergelar seorang anak perantau.

Memula akan terfikir, "kenapa aku nak kena tolong dia, sedangkan aku pun nyawa-nyawa ikan." Tapi lepas tu, akan timbul satu rasa. Perasaan tu, akan buat kau rasa serba-salah dan akhirnya kau akan tolong jugak walaupun kau sendiri 'hidup susah'. Dan bila difikir-fikir balik, orang tu bukan orang lain, keluarga kau sendiri jugak.

Mungkin awal-awal kau rasa yang diri kau tak ikhlas nak tolong, tapi lama-lama kau akan faham.. yang akan wujud orang yang lebih susah dari diri kau. Mungkin Allah hantar orang tu dalam hidup kita, untuk uji kita. Uji ketakwaan kita kepada Dia. Uji setinggi mana ikhlas kita bantu saudara sendiri. 


Paling penting, sentiasa percaya yang dalam setiap kesusahan yang kau lalui, akan ada kesenangannya kemudian hari. Senyum. 

Thursday, May 28, 2015

Sebelum terlambat.




Kalau nak berubah,
usah ditunggu-tunggu,
usah ternanti-nanti.
Ajal tu bila-bila menjengah,
bukan masa kau dah sedia.

Nak berubah bukan secara drastik, tapi perlahan-lahan dan kau selesa dengan diri kau.

Muslimah, kerana maruah dirimu begitu berharga.

Aku bukan orang yang baik, sekadar nak menyampaikan apa yang patut aku sampaikan. Nak terima atau tidak, itu terpulang padamu.

Pesanku cuma satu,
ayuh, berubah ke jalan yang lebih baik.
Sungguh Syurga Allah itu lebih indah dari dunia sementara.


Monday, April 20, 2015

Tubuh tanpa jiwa.




Bila dah terasa penat dengan permainan dunia ni,
mesti rasa nak putus asa terus.

Dah tak nak bangkit lagi.
Penat. Letih. Kecewa. Benci. Mengeluh.

Kemudian diakhiri dengan tangis.

Sampai ke tahap;

"Kenapa aku Tuhan?"

"Kenapa asyik aku je yang kena Tuhan?"

"Masih banyak lagi ke dosa aku terhadapMu, Tuhan?"


Langsung berharap yang diri ni robot, bukan manusia.
Robot tak ada perasaan, hati. Apa-apa yang terjadi di sekelilingnya takkan terkesan di hati.
Tapi manusia, mudah terguris perasaannya.

Kemudian, meratap sendiri lagi.

Saturday, March 21, 2015

Fosil.






     Masa yang lalu selayaknya digelar fosil sejarah, yang terakam tajam pada sepasang mata, bersemadi rapi dalam otak. Kemudian, di satu masa sepasang bibir meluahkan kembali memori yang mana telinga pedih mendengar, sistem pernafasan sesak dek celaan manusia sekeliling.

     Kalau kita percaya dengan Tuhan, kita akan percaya dengan qada' dan qadarNya [ kehendak (Allah) dan takdir ]. Tak payah nak pertikai. Apa yang kita buat sebenarnya pilihan kita sendiri. Aku, kau, dia, kita semua dah buat pilihan kita sendiri. Kalau buat benda baik, itu kerana Allah. Kau buat benda jahat, itu kerana nafsu.

     Jangan kau marah bila perbuatan jahat kau orang lain tahu. Sedangkan, ada si polan yang buat jahat bertahun-tahun, tapi seorang pun tak tahu dan anggap si polan tu baik.

Kau nak tau tu apa maksudnya? 

     Allah nak bagi kau peluang untuk bertaubat kat dunia dan kembali ke SyurgaNya. Ejeken, kutukan, umpatan, cacian manusia tu kau buat tak tahu. Lantaklah mereka nak cakap apa pun. Dosa kau tu urusan kau dan Dia. Kalau kau percaya ada hikmahnya, kau akan bersabar dan takkan melawan. Bukankah ada pintu Syurga untuk orang yang bersabar?

Thursday, February 12, 2015

Kisah aku & blog.



Bismillahnirrahmannirrahim.

Bonjour guys!
Sorry langsung tidak update blog. Eh, ada kamu kisah? Bukan juga korang selalu stalk, kan? Hahaha.

     Sebenarnya, kelmarin anniversary blog aku. Dah setahun rupanya. Dan aku betul-betul terlupa. Bila tadi, aku periksa draft aku, entri pertama aku bertarikh 11/2/2014. Sebahagian besar entri yang aku post pada tahun 2014, aku dah delete. Sebahagian kecilnya aku draft untuk masa depan aku. Dan sebahagiannya lagi aku biarkan untuk tatapan kamu. Cewah.  Jangan tanya kenapa. Jawapannya, sebab aku terasa bodoh share benda remeh. Mungkin tidak bagi sesetengah orang.


     Niat aku tahun ini, untuk blog ialah: post entri dalam sebulan hanya 2 kali sahaja, tapi banyakkan blogwalking. Kalau korang perasan, sepanjang aku tak update blog, aku langsung tak ada blogwalking, kan? Untuk kesekian kalinya, maaf. Aku terlalu banyak peruntukkan masa dekat misi aku. Apakah misinya? Kalau yang dah baca entri aku yang dulu-dulu (rasanya aku dah delete), mesti korang tahu. Hehehe. Cuba refresh sendiri ya.

     Sebenarnya, ini bukan blog aku yang pertama. Ini blog aku yang ketiga. Sempena ulang tahun blog, aku nak kongsi pasal blog aku. Ya, aku pernah buat blog sebelum ni. Aku masih ingat lagi nama kedua blog tu. Tak silap aku, nama blog aku tu begini bunyinya:
metalworld-sayabudakbarubelajar.blogspot.com dan satu lagi anisavengers.blogspot.com . Ok, aku tahu bunyi nama tu panjang dan membosankan dan teruk. Hahaha. Biasalah, masa tu belum matang lagi, lepas tu suka letak nama panjang-panjang.
kedua-dua blog tersebut aku buat pada tahun yang berbeza. 




     Blog pertama yang aku letak nama "metalworld" tu sebab masa aku dari tingkatan tingkatan 1, aku sangat sangat addict dengan band heavy metal. Muzik pasal pop semua aku tolak tepi. Hari-hari layan metal, baca buku nota Pendidikan Agama Islam pun siap sumbat earphone kat telinga dengar lagu heavy. Hahaha. Ok, diam. Tapi, pengakhirannya aku delete blog tu tanpa post apa-apa, sebab aku tak tahu nak edit. Masa tu aku buat, sebab aku tengok adik aku buat blog, macam best je. Hah.

     Blog kedua, "avengers". Bukan sebab aku suka tengok filem Marvel Avengers tu ya. Bukan. Aku die hard fan band Avenged Sevenfold, di mana gelaran untuk fan band tu ialah Avengers ataupun Deathbaters. Tapi, dalam masa yang sama Marvel Avengers punya filem meletup-letup, jadi aku rasa sangat kekok bila band favorite aku disamakan dengan filem tu. Eh. Dalam blog kedua ni, aku rajin gila post, hari-hari post. Cukup dengan segala cerita patah hati, kutuk orang. Di mana, 0 komen dalam setiap entri yang dipost dan pengikut hanya 10 orang. Hahahahaha. Dan kemudian, tidak lama selepas itu, aku delete blog sebab aku rasa yang aku suka merapu dan merepek dalam blog tu. Tak ada faedah pun (memang pun).

Anggota Avenged Sevenfold a.k.a A7X. 
Ni lah abang-abang handsome aku masa zaman sekolah aku dulu. Hiks.


     Begitulah kisah antara aku dan blog. Dan, untuk yang blog ketiga ni. Aku tak pasti. Mana tahu suatu hari nanti aku akan habiskan hayatnya dengan delete blog. Hahaha. Atau mungkin tak. Aa, untuk blog ini, tak perlu pergi Google untuk cari maksud crestsiferol ni, sebab aku  sahaja yang pakai nama ni. Hiks. Ikut suka aku je cipta nama ni. Nama ini tidak wujud di dalam istilah Sains, Matematik dan seangkatan dengannya ya. Harap maklum.

xo.

Saturday, January 24, 2015

Di persimpangan jalan.


Amaran spoiler: Mungkin aku dah putus asa di penghujungnya.





Bismillahnirrahmannirrahiim.

Semua orang dah sedia maklum, termasuk aku dengan satu baris ayat ni:

"Hidup dan takdir setiap seorang di muka bumi itu tidak sama."

     Yeah, mungkin yang kamu dengar/baca lain dari apa yang aku taip ni. Tapi, lebih kurang samalah kan.

     Bagitahu aku, siapa yang tak nak kejayaan? Dia memang bodoh. Semua orang nak memburu untuk daki ke tingkat kejayaan, tapi ramai juga yang tewas sebelum sampai ke sana. Sebahagian dari mereka bila dongak ke tempat tu, kemudian minda dan hati mereka kata; "aku tak boleh", maka dia lupakan hajat dia. Sebahagian pula, tersalah pilih jalan.

     Aku anggap, kita dalam hidup ni ada dua persimpangan jalan. Di mana, sebahagian besar dari kita tersalah pilih jalan. Tapi bagi aku, aku tak rasa yang aku salah pilih jalan, sebab itu pilihan aku. Memang, tidak dinafikan, aku dah menyimpang jauh beribu batu dari orang lain. Tatkala - semua manusia yang sebaya dengan aku sibuk dengan kolej dan Universiti mereka dan aktiviti mereka dan di usia ini yang sepatutnya berjimba enjoy di sana sini, aku pula duduk terperuk di rumah, mengetuk-ngetuk keyboard laptop tak tentu hala. - Sebenarnya aku ada tujuan juga, tapi biarlah dulu. Simpan.

     Sebab aku dah penat dan lelah nak kuatkan hati sendiri. Tapi aku tetap juga cuba jadi kuat sebab ada beberapa orang yang aku boleh kira dengan jari, bagi semangat dengan aku, si keparat lemah ni. Aku sayang kamu semua, dan aku pohon supaya kamu, kamu dan kamu (yang bagi aku dorongan) terus berikan aku kekuatan untuk semua ni.

Qawiy lillahi ta'ala.

Wednesday, January 7, 2015

Numb & Dumb.



Bismillahhirrahmannirrahim.

Ehem. 
Hi guys! Sihat? How's your new year? Hiks.

Ok, aku akui. Ni lah masa yang paling lama sekali aku tak update blog. Sebulan. Hahaha. Aku nak update, tapi setiap kali nak on laptop, nak cucuk broadband, ada je rintangan dan halangan. Hehehe. Allah tidak mengizinkan aku update blog. Hiks.



Aku dah kehilangan kata-kata untuk ditaip. Sekarang pun masih blank. Tak tahu nak share apa.
Jadi, buat yang bekerja tu, selamat bekerja. Pada yang sambung studi, selamat berstudi, selamat ber-assingment, selamat bersengkang mata di tengah malam. Pada yang masih menganggur (macam aku), selamat menganggur. Eh. Selamat mencari pekerjaan. Semoga bertemu dengan kerja yang sesuai. Apa yang penting, sabar itu mesti ada. Allah dah sedia sesuatu yang baik untuk kita. Senyum.

Ada juga Encik Hubby tanya aku azam aku. Dialog di bawah;

Dia  :   Apa azammu tahun ni sayang?

Aku : *pandang tepat ke muka, terdiam sekejap.* takde.

Dia  :   Tiada?

Aku : *geleng kepala* By pulak? Apa azam kau, by? 

Dia  : *geleng kepala jugak.*

Aku :  Ish, ikut-ikut.

Dia :  *senyum* Mahu jadi suami/bapa mithali dan soleh.

Aww. So sweet lah kau by. Hiks. Jadi bila dia cakap macam tu, aku pun pasang azam macam tu jugak. In shaa Allah. :)

xo.