Saturday, January 24, 2015

Di persimpangan jalan.


Amaran spoiler: Mungkin aku dah putus asa di penghujungnya.





Bismillahnirrahmannirrahiim.

Semua orang dah sedia maklum, termasuk aku dengan satu baris ayat ni:

"Hidup dan takdir setiap seorang di muka bumi itu tidak sama."

     Yeah, mungkin yang kamu dengar/baca lain dari apa yang aku taip ni. Tapi, lebih kurang samalah kan.

     Bagitahu aku, siapa yang tak nak kejayaan? Dia memang bodoh. Semua orang nak memburu untuk daki ke tingkat kejayaan, tapi ramai juga yang tewas sebelum sampai ke sana. Sebahagian dari mereka bila dongak ke tempat tu, kemudian minda dan hati mereka kata; "aku tak boleh", maka dia lupakan hajat dia. Sebahagian pula, tersalah pilih jalan.

     Aku anggap, kita dalam hidup ni ada dua persimpangan jalan. Di mana, sebahagian besar dari kita tersalah pilih jalan. Tapi bagi aku, aku tak rasa yang aku salah pilih jalan, sebab itu pilihan aku. Memang, tidak dinafikan, aku dah menyimpang jauh beribu batu dari orang lain. Tatkala - semua manusia yang sebaya dengan aku sibuk dengan kolej dan Universiti mereka dan aktiviti mereka dan di usia ini yang sepatutnya berjimba enjoy di sana sini, aku pula duduk terperuk di rumah, mengetuk-ngetuk keyboard laptop tak tentu hala. - Sebenarnya aku ada tujuan juga, tapi biarlah dulu. Simpan.

     Sebab aku dah penat dan lelah nak kuatkan hati sendiri. Tapi aku tetap juga cuba jadi kuat sebab ada beberapa orang yang aku boleh kira dengan jari, bagi semangat dengan aku, si keparat lemah ni. Aku sayang kamu semua, dan aku pohon supaya kamu, kamu dan kamu (yang bagi aku dorongan) terus berikan aku kekuatan untuk semua ni.

Qawiy lillahi ta'ala.

8 comments:

  1. Never give up, dear =') Good luck =)

    ReplyDelete
  2. yup...jangan pernah mengalah..sekali kita pijak kena teroskan...

    ReplyDelete
  3. bila baca tajuk entri, teringat MLM masa shuib citer pasal landak melintas jalan tgh malam...

    because HE has planned the best for u. Trust HIM. Be strong =)

    ReplyDelete
  4. Sy pun pernah bukan sekali tapi berkali2 merasakan saat2 dan masa2 sebegini.. terasa tersisih dan terbeza bila dibanding dan membandingkan diri dengan rakan2 dan mereka2 yang berjaya...tapi percayalah hidup ini ada saat kita di atas dan ada saat kita dibawah... yang diatas tak selamanya disana dan yang dibawah tidak akan sentiasa terkunci..hanya kita yang mampu berusaha untuk mengubahnya...

    ReplyDelete
  5. never give up..once kta give up kta adalah org yg paling lemah skali..so..walau apa pun dugaan yg mdatang kta kena hadapi dgn kuat disertai dengan senyuman.... :)

    ReplyDelete
  6. sabar banyak2 anis. ana x tawu cerita. tapi nk kata dont give up je.

    ReplyDelete

Kalau kau rasa entri ni best, sila tinggalkan komen.