Saturday, March 21, 2015

Fosil.






     Masa yang lalu selayaknya digelar fosil sejarah, yang terakam tajam pada sepasang mata, bersemadi rapi dalam otak. Kemudian, di satu masa sepasang bibir meluahkan kembali memori yang mana telinga pedih mendengar, sistem pernafasan sesak dek celaan manusia sekeliling.

     Kalau kita percaya dengan Tuhan, kita akan percaya dengan qada' dan qadarNya [ kehendak (Allah) dan takdir ]. Tak payah nak pertikai. Apa yang kita buat sebenarnya pilihan kita sendiri. Aku, kau, dia, kita semua dah buat pilihan kita sendiri. Kalau buat benda baik, itu kerana Allah. Kau buat benda jahat, itu kerana nafsu.

     Jangan kau marah bila perbuatan jahat kau orang lain tahu. Sedangkan, ada si polan yang buat jahat bertahun-tahun, tapi seorang pun tak tahu dan anggap si polan tu baik.

Kau nak tau tu apa maksudnya? 

     Allah nak bagi kau peluang untuk bertaubat kat dunia dan kembali ke SyurgaNya. Ejeken, kutukan, umpatan, cacian manusia tu kau buat tak tahu. Lantaklah mereka nak cakap apa pun. Dosa kau tu urusan kau dan Dia. Kalau kau percaya ada hikmahnya, kau akan bersabar dan takkan melawan. Bukankah ada pintu Syurga untuk orang yang bersabar?

11 comments:

  1. nice entry........pernah baca buku diagnosis tak yg dr anwar fazal punya...u punya penulisan kalau asah sikit lagi boleh jd mcm dia..kreatif dia punya penulisan..nice one..keep it up ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu pasal buku tu, tapi belum ada rezeki nak baca isi kandungannya. ehehehe. In shaa Allah satu hari nanti.

      Delete
  2. bljr bykkan muhasabah diri kan anis kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ana. kita manusia ni memang banyak lompong dosa :D

      Delete
    2. tu la. nama pun manusia kan anis.

      psstt~ jaga diri. jaga hati. anis kuat! ;)

      Delete
  3. gua ingatkan jenama jam Fossil tadi ><

    ReplyDelete
  4. but, fosil kan mcm tulang temulang kannn?

    ReplyDelete
  5. Salam sis..pekabar... baru datang menjenguk ni..hehe
    sllu juga baca ttg fosil ni.. minat tgk dokumentari di TV...:)

    ReplyDelete
  6. ehem~ cepat hapdet anis. ngeeeee >.<

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar.. nice sharing anis. good reminder

    ReplyDelete

Kalau kau rasa entri ni best, sila tinggalkan komen.